Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Ahmad bin Sulaiman dan keluarga atas keprihatinan serta kesudian menyerahkan sebuah unit rumah pangsapuri wakaf khas kepada MAINPP.
Sesi penyerahan sijil penghargaan dan kunci kediaman wakaf telah disempurnakan dalam satu sesi ringkas yang berlangsung di premis berkenaan. MAINPP telah diwakili oleh Puan Nur Al Fitrah binti Shaik Annuar Pasha dari Unit Pentadbiran Tanah dan Puan Nur Afiqa binti Mohamad dari Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis.
Sumbangan wakaf ini merupakan satu bentuk kebajikan yang amat bermakna dalam menyokong usaha memperkasa pengurusan dan pembangunan institusi Islam serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Semoga segala sumbangan dan keprihatinan yang dicurahkan melalui wakaf ini diterima sebagai amal jariah yang berpanjangan serta mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.
![]() |
![]() |


