Program Komuniti Harmoni 2026 Perkasa Komuniti Melalui Kemahiran Upcycle

Program Komuniti Harmoni 2026 telah dirasmikan oleh Pengerusi MAINPP, YBhg. Dato’ Rosidi bin Hasan pada 26 Julai 2026 bertempat di Surau Muttaqin, Bandar Bertam Perdana.

Program anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Wanita dan Pembangunan Keluarga MAINPP menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAIPP, dengan kerjasama Yayasan IKRAM Pulau Pinang, ini memberi tumpuan kepada usaha memperkasa komuniti, khususnya golongan wanita, melalui latihan kemahiran upcycle sebagai salah satu inisiatif menjana pendapatan sampingan serta membudayakan amalan kelestarian alam sekitar.

Seramai 60 peserta telah menyertai tiga siri bengkel yang berlangsung pada 26 hingga 27 Julai 2026, meliputi Bengkel Anyaman Beg Daripada Plastik, Bengkel Pembuatan Sabun Daripada Minyak Terpakai dan Bengkel Upcycle.

Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat berterusan kepada peserta, khususnya dalam meningkatkan kemahiran, memperkukuh ekonomi keluarga serta membina komuniti yang lebih berdaya tahan dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.

Semoga usaha seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan sebagai sebahagian daripada komitmen bersama dalam memperkasa komuniti, memperkukuh kesejahteraan keluarga serta mewujudkan Pulau Pinang yang lebih hijau dan lestari.

1
3 4